Rancak pertumbuhan ekonomi, pelihara kepentingan negara, pesan PM kepada Ketua Perwakilan Diplomatik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesan kepada semua Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia untuk terus merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Kata Anwar, antaranya melalui manfaat perdagangan dan pelaburan luar berkualiti tinggi.

Justeru tegas Perdana Menteri, adalah sangat penting untuk semua Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia mengambil peranan yang lebih proaktif dalam menyusul, meneroka serta menarik pelaburan dan perdagangan penting bagi memacu ekonomi negara.

“Menerima kunjungan hormat daripada enam Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu pagi ini.

“Mereka menerima watikah pelantikan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos lalu dan bakal menggalas amanah baharu di negara-negara penempatan kelak.

“Saya juga tekankan fokus Kerajaan Madani untuk terus merancakkan pertumbuhan ekonomi negara, antaranya melalui manfaat perdagangan dan pelaburan luar berkualiti tinggi.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan atas pelantikan ini dan semoga mereka menggalas tanggungjawab dan amanah ini dengan penuh tekad dan keazaman,” ucap Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Enam Ketua Perwakilan Diplomatik itu ialah Pesuruhjaya Tinggi ke Brunei Darussalam, Datuk Mohd Aini Atan; Duta Besar ke Sweden, Ambassador Sarimah Akbar; Duta Besar ke Qatar, Ambassador Faizal @ Mohd Faizal Razali; Duta Besar ke Emiriah Arab Bersatu, Tengku Dato’ Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin; Duta Besar ke Peru, Ambassador Ahmad Irham Ikmal Hisham dan Pesuruhjaya Tinggi ke Bangladesh, Ambassador Mohd Shuhada Othman.

“Dalam pertemuan ini, saya titipkan pesanan untuk Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan segala kepentingan negara sentiasa dipelihara dan diperjuang,” katanya.

Related Posts

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

CYBERJAYA – Kerajaan kemungkinan akan melaksanakan pemotongan gaji terhadap menteri sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih teruk dan runcing. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, gaji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil