Semua pencarum KWSP berusia 100 tahun dan ke atas perlu tuntut simpanan sebelum 31 Mac 2025

SEMUA ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 100 tahun dan ke atas mesti mengemukakan tuntutan simpanan yang tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.

KWSP menerusi satu notis berkata, ia sedang menghubungi ahli berumur 100 tahun ke atas yang masih belum mengeluarkan sepenuhnya simpanan persaraan mereka.

“Ahli atau waris mereka boleh menyemak baki simpanan yang tidak dituntut menggunakan nombor dokumen pengenalan diri ahli atau nombor keahlian KWSP.

“Ahli atau waris mereka mesti mengemukakan tuntutan untuk simpanan tidak dituntut sebelum 31 Mac 2025.

“Selepas tarikh ini, sebarang simpanan yang tidak dituntut akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Sebarang tuntutan selepas itu mesti dikemukakan terus kepada BWTD,” katanya.

KWSP menambah, untuk maklumat lanjut mengenai perkara itu, ahli atau waris mereka boleh melayari laman web rasmi KWSP atau melayari pejabat KWSP berhampiran.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM