Kerajaan Negeri Sabah sasar 5,000 penerima BKNS tahun ini

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah berhasrat untuk meningkatkan jumlah penerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) dengan menyasarkan 5,000 anak Sabah yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, fokus dan sasaran ini sehingga hujung tahun ini kira-kira seramai 5,000 pelajar baharu akan menerima BKNS.

“Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah sentiasa memastikan anak-anak Sabah dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui bantuan-bantuan Pendidikan yang di sediakan dari peringkat sekolah hingga ke IPT.

“Kerajaan negeri komited agar tidak ada yang terpinggir daripada menerima pendidikan di negeri ini.

“Ia bagi menyediakan pemimpin yang bakal mencorakkan masa depan negeri Sabah,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian BKNS dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan di sini pada Jumaat.

Tambahnya, jumlah keseluruhan peruntukan tajaan biasiswa tahun ini adalah sebanyak RM113,171,400.

Jelasnya, peruntukan ini membolehkan lebih ramai anak-anak Sabah yang kurang berkemampuan berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Beliau berharap majlis penyampaian ini dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan tekad dalam pembelajaran.

Pada majlis sama, seramai 218 pelajar menerima BKNS menjadikan jumlah penajaan kumulatif seramai 11,294 pelajar di dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, seramai 19 pelajar menerima sumbangan dari Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dan 11 pelajar menerima Anugerah Kecermelangan Pendidikan Sabah (AKSA).

Pada masa sama, turut disampaikan simbolik Penyampaian Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) untuk pembelian peralatan digital bernilai RM5 juta yang memanfaatkan 625 buah sekolah.

Tambah Ariffin, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM44 juta dengan menyediakan pelbagai inisiatif Bantuan Pendidikan seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS) dan Bantuan Persatuan Pelajar di bawah Sekretariat Mahasiawa Sabah Malaysia (SEMESTA).

Ia juga termasuk, Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Sabah (BISTARI), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) dan Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS) dan Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU).

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi