Semangat setiakawan asas kekuatan PKR, perlu dipertahan dan diperkukuh – Nurul Izzah

JOHOR BAHRU – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa semangat setiakawan yang menjadi asas kekuatan parti sejak penubuhannya harus terus dijaga oleh semua lapisan kepimpinan dan ahli.

Menurut Nurul Izzah, kesatuan dan rasa hormat antara satu sama lain perlu dikekalkan dalam perjuangan politik parti.

“Kita harus pertahankan dan jaga semangat setiakawan dalam PKR. Ia bukan sekadar simbol, tetapi kekuatan sebenar kita yang membezakan perjuangan ini daripada yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi penggulungan Kongres Nasional PKR 2025 di Johor Bahru, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, saling menasihati dan komunikasi terbuka adalah medium untuk memelihara hubungan sesama ahli dan memastikan segala cabaran dapat dihadapi serta ditangani dengan baik.

“Kita mahu semua peringkat, pusat, negeri dan cabang sentiasa bermuhasabah dan saling menyokong. Usaha pembaikan dan pengukuhan parti mesti dilakukan bersama,” katanya.

Nurul Izzah turut menekankan bahawa setiap ahli, termasuk pimpinan tertinggi dan akar umbi, membawa kisah perjuangan dan pengorbanan yang perlu dihargai, tanpa mengira perbezaan pandangan.

“Kita tidak boleh menafikan sumbangan sesiapa. Semua telah berkorban dalam kapasiti masing-masing, termasuk media yang setia mengikuti perjuangan kita,” katanya.

Beliau turut menyeru agar parti menumpukan perhatian kepada isu-isu yang dekat di hati rakyat, terutamanya anak muda dan wanita, dalam tempoh 24 bulan menjelang pilihan raya umum.

Nurul Izzah juga mencadangkan pembentukan pasukan sokongan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan akar umbi untuk memperkukuh lagi kekuatan parti secara menyeluruh.

“Saya percaya, dengan semangat setiakawan yang kukuh, kita mampu membawa PKR ke tahap yang lebih mampan,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

KUANTAN – Pemuda UMNO Negeri Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, Jumaat lalu. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

KUANTAN – Pemuda UMNO Bahagian Bera berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap perkara dibangkitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan pembangunan dan kepentingan rakyat di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

30,000 pengunjung meriahkan sambutan Minggu Perpaduan Sarawak di Miri

30,000 pengunjung meriahkan sambutan Minggu Perpaduan Sarawak di Miri

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pahang

Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

Pemuda PBB desak isu rumah, judi online ditangani segera

JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1