Tengku Maimun tanya kes apa saya pernah campur tangan – Anwar

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau ditanya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sekiranya pernah campur tangan dalam urusan badan kehakiman negara.

Menurut Anwar, pertanyaan itu diajukan sendiri oleh Tengku Maimun dalam satu pertemuan bersama beliau baru-baru ini.

“Dua hari yang lalu Ketua Hakim Negara minta jumpa. Saya jumpa. Dia tanya, sepanjang hampir tiga tahun saya menjadi Perdana Menteri, mana kes yang saya campur?

“Saudara, itu ertinya campur tangan dalam urusan kehakiman. Panggil Ketua Hakim, bagi arahan. Ini berlaku dulu. Apa saudara lupa? Orang PKR lupa ke? Hakim itu menerima arahan daripada penguasa. Ingat?

“Tapi dalam ini, sekiranya perlu bertemu, ia adalah bagi tujuan membincangkan soal penubuhan Akademi Keadilan dalam Akademi Kehakiman dan sebagainya. Tetapi tidak pernah sekalipun saya bicara soal keputusan penghakiman,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor di sini, malam tadi.

Menurut Anwar, tidak semua perkara membabitkan hal undang-undang perlu dicampuri oleh seorang pemimpin meskipun ia melibatkan keputusan besar ekoran hal itu turut menyentuh mengenai keadilan.

“Kadang-kadang saya sendiri pun rasa mual dengan kepura-puraan ini. Di mana para hakim bekerja mengikut kehendak dan selera pihak tertentu. Di mana keputusan dibuat untuk memenuhi kepentingan mereka.

“Secara jujurnya, saya sendiri tidak pernah membincangkan walau satu kes sekalipun,” katanya.

Tegasnya, meskipun berperanan sebagai Perdana Menteri, namun beliau tetap tunduk dan patuh kepada prinsip Perlembagaan negara.

“Malah, saya sendiri akan pastikan apa jua pelantikan, perlu tunduk kepada keputusan ikut hukum dan perundangan negara termasuklah rujukan kepada Yang di-Pertuan Agong seperti mana diperuntukkan dalam perlembagaan pada mesyuarat bersama Majlis Raja-Raja.

“Bagi saya, selagi saya Perdana Menteri, amanah diberikan rakan-rakan dalam Kerajaan MADANI ini akan menjadi prinsip kita. Kita pertahankan kebebasan badan kehakiman, kita pertahankan cara dan kaedah pelantikan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Related Posts

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperkenalkan strategi penguatkuasaan baharu bermula esok dengan penekanan terhadap pemulihan aset serta tindakan lebih tegas ke atas penjenayah kewangan yang menyeleweng dan merampas hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

PUTRAJAYA – Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melaksanakan program bersama sebagai platform strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan jalan raya dan kenderaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh