Biasiswa penuh pelajar SPM dapat 10A

KUANTAN – Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedia memberi biasiswa penuh kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang 10A.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, biasiswa penuh itu untuk pelajar terbabit melanjutkan pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) atau Universiti Poly-Tech MARA (UPTM),

“Biasiswa 100 peratus ini sudah pun dilaksanakan Institut Pendidikan MARA (IPMA) untuk pelajar cemerlang, dan bagi pelajar UniKL serta UPTM… sebelum ini kita berikan (biasiswa) kepada pelajar tahfiz dan pelajar Orang Asli,” katanya ketika melancarkan skuad Yayasan Pelajaran MARA Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid yang Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berharap inisiatif itu dapat meningkatkan semangat pelajar untuk berusaha mendapat keputusan cemerlang.

Katanya, selain biasiswa kepada cemerlang, pelajar yang memperoleh keputusan 5A dan 7A juga diberi laluan mudah untuk menyambung pengajian di institusi di bawah kendalian MARA.

Sementara itu, beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Wan Rosdy dan Kerajaan Pahang kerana sentiasa memberi sokongan penuh dalam setiap program anjuran MARA.

“Seperti pelancaran YPM hari ini, kerajaan Pahang memang menyokong dan memberikan peruntukan bagi menjayakan program kita.

“Kita harap sokongan berterusan ini dapat dikekalkan demi pembangunan golongan belia, anak muda bukan sahaja di Pahang, bahkan di seluruh negara,” katanya.

Related Posts

Masjid perlu kekal bebas elemen politik

PUTRAJAYA – Masjid perlu kekal berperanan sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu serta tidak wajar dikaitkan dengan sebarang aktiviti atau pengaruh politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif ‘smart lane’ berjaya kurangkan kemalangan

PUTRAJAYA – Pelaksanaan ‘smart lane’ di lebuh raya menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan di beberapa lokasi utama, membuktikan keberkesanan inisiatif itu dalam meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi