
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan perlindungan kanak-kanak.
Menurut kenyataan rasmi KPWKM, JKM mengenal pasti 1080 TASKA tidak berdaftar di seluruh negara.
Selain itu, JKM juga mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan pusat berdaftar selaras dengan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
“Sejak 2020, JKM mengeluarkan pelbagai tindakan penguatkuasaan seperti arahan bertulis, penutupan sementara dan pembatalan pendaftaran.
“JKM juga menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut sebanyak dua kali setahun.
“Garis panduan terhadap tindakan terhadap TASKA juga turut disiasat oleh polis untuk menangani isu pengabaian dan penderaan,” menurut kenyataan tersebut.
KPWKM juga menggesa agar ibu bapa memilih TASKA berdaftar dan mempunyai Sijil Kursus Asuhan Permata.
Orang ramai boleh merujuk senarai TASKA berdaftar di laman sesawang JKM dan melaporkan sebarang TASKA yang tidak berdaftar di talian Kasih di 15999 atau aplikasi WhatsApp di 019-2615999.