Selama berkhidmat 38 tahun, saya tak terlibat sebarang parti politik – Mohd Khalid

PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan, beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sepanjang 38 tahun beliau berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu itu berkata, perkara itu juga telah disahkan dan diterangkan oleh Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh yang turut menyangkal penyertaan beliau ke dalam parti terbabit.

“Sebagaimana yang anda tahu, Datuk Fuziah PKR telah memberikan sidang akhbar baru-baru ini menjelaskan segala-galanya.

“Selama 38 tahun saya dalam pasukan PDRM saya tak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik,” katanya kepada media ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), pada Isnin.

Majlis itu telah disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan tuurt dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman.

Dalam pada itu, Mohd Khalid menerima dengan hati terbuka kesilapan laporan media yang mengaitkannya dengan parti politik sebelum ini dan mengesahkan akan melakukan pertemuan dengan akhbar tersebut dalam masa terdekat.

Pada masa sama, Mohd Khalid turut menitipkan pesanan yang berharap agar pihak media memberikan laporan yang terbaik dan tepat.

“Saya mohon kepada semua wartawan yang hadir hari ini supaya berikan laporan yang terbaik, yang tidak lari dari apa yang dilaporkan dan saya berharap  hubungan yang rapat dan akrab perlu diteruskan di antara pihak polis bersama wartawan.

“Ini kerana ia menjadi pokok utama untuk kita memberikan laporan yang terbaik bukan sahaja kepada PDRM tetapi semua agensi agensi kerajaan dan Kerajaan MADANI terutamanya,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan dikecam banyak pihak susulan kesilapan menerbitkan infografik yang mengaitkan penyertaan Mohd Khalid dalam parti politik termasuk PKR sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Lantaran itu, akhbar terbabit telah memohon maaf atas kesilapan penyiaran infografik di media sosial yang memaparkan Khalid sebagai ahli PKR.

Dalam kenyataannya, akhbar terbabit mendapati, kesilapan tersebut berpunca daripada tindakan seorang staf di Unit Media Sosial yang telah menggunakan templat reka bentuk lama, yang pernah digunakan dalam poster melibatkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum ini, yang menjadi ahli PKR dan bekas ketua PKR Kedah.

Akhbar itu berkata, staf berkenaan serta penyelia Unit Media Sosial yang meluluskan infografik berkenaan akan digantung tugas buat sementara waktu, selain menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur sabotaj.

Related Posts

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

PIHAK yang mendesak pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu memahami sejarah kenegeraan sehingga terbentuk Perlembagaan negara. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi dan Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menegaskan, jika ada sebarang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Thailand-Kemboja perlu henti provokasi bermula malam ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan serta tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut, termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan, bermula 10…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM