TPM Zahid rakam ucapan takziah atas pemergian isteri Premier Sarawak

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Ahmad Zahid menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja buat keluarga Premier, malah kepada seluruh rakyat Sarawak yang amat menghargai jasa serta keprihatinan beliau selama ini.

“Pemergian insan tercinta yang menjadi teman hidup setia serta tulang belakang dalam perjalanan kepemimpinan Premier merupakan kehilangan yang amat besar dan mendalam.

“Allahyarhamah dikenali sebagai wanita lemah lembut, berbudi pekerti, dan dekat di hati masyarakat menerusi kerja-kerja kebajikan serta pemerkasaan wanita di Sarawak,” katanya.

Ahmad Zahid turut memaklumkan beliau mewakili Lerajaan Persekutuan akan menziarahi keluarga Premier Sarawak bagi menyampaikan ucapan takziah serta menyatakan solidariti atas kehilangan yang amat dirasai itu.

“Saya mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Semoga Premier serta seluruh keluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini,” katanya.

Allahyarhamah Datuk Amar Juma’ani disifatkan sebagai tokoh wanita yang banyak menyumbang dalam aspek kebajikan, sosial dan pembangunan masyarakat di Bumi Kenyalang.

Terdahulu, beberapa kenamaan turut hadir menziarahi Premier Sarawak termasuk Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri, Datuk Dayang Morliah Awang Daud; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama isteri, Datin Zuraini Abdul Jabbar; selain Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan kerajaan dan ahli keluarga terdekat.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang