Sekretariat Perantau Anak FELDA Pahang bantu lawan persepsi

KUANTAN – Langkah kerajaan Pahang memperkenalkan sekretariat khas bagi menjaga kebajikan anak peneroka FELDA yang berada di luar Pahang adalah antara usaha untuk menjaga kebajikan mereka.

Penubuhan sekretariat itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada karnival Segalanya FELDA di Jengka, 2 Jun lalu.

Sebagai Exco yang diberi amanah memastikan sekretariat itu berfungsi seperti dihasratkan kerajaan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam sedang mengumpul data untuk menghimpun anak peneroka FELDA Pahang yang berada di seluruh negara.

Amizar (kiri) bertukar pandangan bersama pelajar SMK Sri Pelangai selepas menyerahkan Bantuan Prihatin Pahang.

“Sudah pasti kepercayaan diberikan oleh Datuk Seri Wan Rosdy adalah tugas berat, namun saya akan laksanakan amanah ini sebaik mungkin.

“Kita melihat kepada satu gambaran lebih besar dalam hal ini, untuk mengumpulkan seberapa ramai anak peneroka FELDA dari Pahang dalam satu sekretariat yang mana akan berfungsi sebagai tempat mereka mengadu dan mendapat maklumat berkaitan inisiatif disediakan kerajaan Pahang.

“Sekretariat ini kelak akan menjadi pusat sehenti bagi semua anak peneroka FELDA Pahang berkumpul dan bertukar fikiran,” katanya ketika ditemui secara eksklusif di pejabatnya, semalam.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang itu juga memaklumkan Sekretariat Perantau Anak FELDA Pahang memainkan peranan melawan persepsi tidak tepat yang sering disebarkan pihak tertentu terhadap kerajaan Pahang.

Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai Exco Pahang, Amizar juga sentiasa dekat dengan masyarakat di kawasan DUN Pelangai.

Katanya, kelemahan dalam sistem penyampaian maklumat kepada anak peneroka FELDA Pahang yang berada di luar negeri ini, memberi kesan kepada keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Perkara ini kita kena akui dan ia sudah berlaku pada PRU15 apabila ramai anak peneroka FELDA Pahang tidak mendapat maklumat yang betul mengenai kerajaan negeri.

“Jadi, apabila berlaku PRU15, mereka balik ke kawasan masing-masing dan menggunakan pemahaman kurang tepat dan membuat keputusan berdasarkan persepsi itu.

“Paling kita bimbang apabila mereka mempengaruhi ibu bapa dan orang lain, jadi kita fikir perlu ada satu sekretariat untuk memberi pemahaman kepada anak perantau FELDA,” jelasnya.

Amizar yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai berkata, sekretariat itu akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi dan dijangka beroperasi di ibu negara.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan