SDG libatkan aspek sosial dan alam sekitar – Hanifah Hajar

KUALA LUMPUR – Matlamat Ekonomi Mampan (SDG) menekankan setiap aspek ekonomi dalam menghadapi cabaran globalisasi dan perubahan iklim.

Menurut Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib, koridor ekonomi yang terdiri daripada lima prinsip zon utama menunjukkan komitmen jelas terhadap prinsip SDG.

“Prinsip SDG bukan hanya memberi tumpuan pertumbuhan ekonomi, tetapi melibatkan aspek sosial dan alam sekitar,” ujar beliau.

Tambah beliau, negara ini perlu segera merangka strategi berfokus kepada SDG untuk menangani cabaran perubahan iklim terutama keadaan negara kerap berdepan dengan bencana alam.

“Alhamdulillah, kerjasama antara koridor ini menunjukan kepekaan mereka terhadap kepentingan SDG,” kata beliau.

Beliau bersyukur kerana semua pihak memberi perhatian serius dalam mempercepatkan pembangunan mampan demi manfaat generasi akan datang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di reruai pameran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024, Kuala Lumpur pada Rabu.

Hanifah Hajar merangkap Ahli Parlimen Mukah berkata kesedaran terhadap pembangunan mampan memerlukan kerjasama semua pihak.

Sidang kemuncak bertemakan ‘Sokongan Masyarakat Tempatan Dalam SDG Untuk Malaysia Yang Inklusif, Mampan dan Berdaya Tahan’ ini dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Pusat SDG Nasional (PSN), selama dua hari pada 17 dan 18 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 9 pagi sehingga 5 petang.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan