Diplomasi patin tempoyak dan PRK Mahkota

HUJUNG minggu lalu, parti Pas selesai bermuktamar di Kerdau, dekat Temerloh, Pahang.

Sudah tentu hidangan patin tempoyak yang begitu sinonim dengan daerah Temerloh itu menjadi antara juadah pilihan peserta muktamar berkenaan.

Muktamar Kali Ke-70 itu juga menyaksikan Pas membuat pindaan Perlembagaan mereka.

Antara pindaan itu adalah membuka keahlian kepada orang bukan Islam menjadi ahli bersekutu dan meluluskan pelaksanaan antilompat parti.

Maka, peserta muktamar berkira-kira bahawa parti itu bakal menerima pertambahan sokongan daripada orang bukan Melayu susulan pindaan Perlembagaan berkenaan.

Secara tidak langsung, Pas mengakui betapa mereka sangat memerlukan undi dan sokongan bukan Melayu jika mahu memenangi pilihan raya umum ke-16.

Disebabkan itu juga, ada pembahas ketika muktamar berlangsung memberi cadangan supaya ahli parti Islam berkenaan menggalakkan perkahwinan rentas bangsa untuk menambahkan undi.

Cadangan itu kemudiannya dikritik kerana seolah-olah menjadikan institusi perkahwinan sebagai ‘barang dagangan’ dalam berpolitik.

Aroma kopi Kluang yang ‘dilupakan’ Pas

Ketika hampir semua pimpinan utama Pas menumpukan perhatian mereka di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, mereka ‘terlupa’ bahawa hujung minggu yang sama ada proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Mahkota, dekat Kluang, Johor.

Dan ketika hari penamaan calon pula, pada masa yang sama adalah kemuncak kepada muktamar Pas.

Namun untuk tidak ‘mengecewakan’ sekutu mereka – Bersatu – maka Pas menghantar juga wakil, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ke Mahkota.

Mohd Amar adalah bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan dan kini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selain Naib Presiden Pas.

Dengan kehadiran Mohd Amar itu, dapatlah mengubat sedikit kesedihan pimpinan Bersatu.

Namun, timbul pula cerita ‘nakal’ kononnya Pas kurang gembira apabila kerusi DUN Mahkota diberikan kepada calon Bersatu.

Bagaimanapun, cerita ‘nakal’ itu belum disahkan oleh mana-mana pihak.

Selepas hampir seminggu siri kempen PRK Mahkota berlangsung, jentera Pas masih belum menampakkan kehadiran mereka pada skala besar seperti di PRK Nenggiri.

Sama ada benar berlaku boikot atau tidak, hanya mereka boleh menjawabnya.

Jadi, apa sahaja yang berlaku sepanjang minggu lalu hingga hujung minggu itu lebih kepada pertembungan antara diplomasi patin tempoyak di Temerloh dan aroma kopi Kluang di Mahkota.

Related Posts

Kebijaksanaan Politik: Beri ruang kepada PM laksana tugas perlembagaan

Oleh: Ibrahim M Ahmad DALAM suasana peralihan kepimpinan badan kehakiman negara, polemik berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara menjadi medan perbahasan terbuka. Namun, di sebalik kerancakan komentar awam dan tekanan politik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Give Anwar space to perform his constitutional duty

BY Ibrahim M Ahmad THE recent controversy surrounding delays in the appointment of a new chief justice and Court of Appeal president has landed Prime Minister Anwar Ibrahim in some…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM