Saya tidak pernah campur urusan kehakiman – PMX

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan pelantikan badan kehakiman dan komited kekal menghormati prinsip kebebasan institusi perundangan negara.

Menurutnya, segala proses berkaitan pelantikan atau penyambungan kontrak mana-mana penjawat awam termasuk hakim harus mengikut prosedur ditetapkan dan tidak wajar dipengaruhi oleh kempen atau tekanan mana-mana pihak.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berasa terkilan dalam hal itu susulan sepatutnya pihak-pihak berkenaan harus faham dan waras dalam membuat pertimbangan terhadap perkara membabitkan badan kehakiman.

“Penjawat awam atau hakim, mana-mana pegawai yang tempoh persaraannya, ia ada prosedur. Apabila kita bersara tidak sambung automatik dan dalam keadaan ini saya ditegur, maksudnya (seperti) ada satu kempen (kata) mesti sambung (pelantikan) ini, jangan sambung (pelantikan) ini.

“Maksudnya, institusi yang sepatutnya ada integriti dan bebas itu sudah dipolitikkan dan apa yang berlaku, ialah prosesnya malah ada yang mengatakan Ini kuasa mutlak Perdana Menteri. …tidak dan kalau saudara faham Perlembagaan, sudah (tentu) tahu prosesnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), pada Isnin.

Turut hadir sama,  kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam masa sama, Anwar juga menegaskan tidak pernah mencampuri urusan kehakiman mana-mana individu yang dibicarakan di mahkamah.

Katanya, jika sesuatu keputusan dibuat oleh hakim, ia adalah berdasarkan keputusannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh beliau sebagai seorang Perdana Menteri.

“Saya tidak pernah campur dalam Isu penghakiman… apa yang dia (hakim) nak putus, itu keputusan mereka. Saya tidak pernah campur tapi itu pun dipolitikkan.

“Kalau Datuk Seri Najib (Razak), minta maaf itu dapat DNAA (lepas tanpa bebas), (dikata) itu PM campur tangan dan khianat. Salah, kena bagi DNAA, kemudian itu satu pihak. Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) baru-baru ini pun dapat DNAA pun dari satu pihak, salah juga. Kalau tak dapat DNAA pun salah juga. Saya kata, bukan urusan saya.

“Soal saya setuju atau tidak pendapat peribadi saya itu bukan isu… kita kena hormat hakim keputusan yang dibuat itu yang berlaku. Kerana dalam kedua kes ini saya tengok umpamanya, ada pandangan berbeda… ada yang sokong DNAA di sini tak sokong DNAA di sana,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan DNAA kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim K.Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan Najib, 72, supaya bekas Ahli Parlimen Pekan itu dilepas tanpa dibebaskan.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta dan dua sebatan atas pelbagai kesalahan berkaitan penyelewengan dana Armada.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan wakil rakyat itu.

Related Posts

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

KUALA LUMPUR- Pembanterasan rasuah dan salah guna kuasa memerlukan sistem yang telus serta kepimpinan yang tegas, bukan sekadar bergantung kepada penguatkuasaan semata-mata. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menentukan pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menerajui suruhanjaya itu. Baginda bertitah, kedudukan berkenaan amat signifikan dalam memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik