Saya takkan lindungi pegawai sendiri, tiada siapa terlepas tindakan undang-undang – PMX

LIKAS – Tiada pihak terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang walaupun membabitkan individu yang pernah menjadi bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip ketelusan dan integriti terus menjadi keutamaan kerajaan apabila beliau menyokong sepenuhnya siasatan terhadap bekas setiausaha politiknya secara profesional.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menepis dakwaan kononnya status individu itu sebagai bekas pegawai Perdana Menteri memberi kekebalan daripada tindakan undang-undang.

“Oh dia pegawai perdana menteri tak boleh siasat, siapa kata tak boleh siasat. Ini bukan macam Perdana Menteri dulu, bila siasat dia lari pergi Dubai.

“Sekiranya nak siasat, siasatlah (namun) pastikan transparent, pastikan profesional,” katanya dalam Grand Finale Harapan Urang Sabah di Likas, pada Khamis.

Sebelum ini, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Per­dana Menteri selepas dikatakan wujud percubaan untuk memburukkan dirinya sekali gus boleh mencemarkan imej Kerajaan MADANI.

Shamsul Iskandar turut dikaitkan dengan tuduhan ra­suah oleh Albert Tei selepas tular klip video dari rakaman kamera tersebunyi yang mendedahkan perbualan ahli perniagaan itu dengan seorang wanita.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan kerajaan hari ini sentiasa membuka ruang kepada siasatan bebas, profesional dan berasaskan undang-undang bagi memastikan integriti terus terpelihara.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, jika hasil siasatan mendapati Shamsul Iskandar didapati bersalah, teruskan.

“Biar mahkamah tentukan, jika mahkamah kata bersalah, hukumlah tapi jika tidak bersalah, Alhamdulillah. Itulah cara kita di Malaysia, janganlah banding saya dengan mereka. Tolonglah, tiada isu berkaitan perkara ini.

“Saya nak tanya orang yang (curi) berbilion kamu diam, Sekarang nak cakap soal integriti. Boleh jadi pegawai Anwar, boleh jadi orang bekas menteri kewangan atau mana-mana Tun, Tan Sri, saya tak peduli, kamu curi duit, kamu mesti disiasat, mesti ditangkap. Kalau salah, masuk penjara,” katanya.

Tambah Anwar, beliau tidak mengetahui perkembangan terperinci siasatan dan tidak campur tangan dalam keputusan penyiasatan mahupun pendakwaan.

“Adakah saya tahu lebih teliti? Saya tidak tahu. Adakah saya meluluskan? Saya tidak meluluskan. Adakah saya mahu SPRM siasat secara telus? Ya, saya mahu. Adakah (siasatan) secara bebas? Ya,” katanya.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah