Bomba selamatkan tiga mangsa kebakaran melalui tingkap

KOTA KINABALU – Tindakan pantas bomba berjaya selamatkan tiga nyawa yang terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Bantayan Inanam di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.53 pagi menerusi MERS999.

Katanya, sepasukan 13 anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Selvister Yamud dikejarkan ke lokasi sebaik panggilan diterima.

“Dalam kejadian, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal di bahagian tangga terbakar 40 peratus.

“Terdapat tiga mangsa terperangkap di tingkat satu berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba menggunakan tangga melalui tingkap,” katanya.

Menurut beliau, bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran, satu pancutan dengan 100 kaki sumber air tangki jentera.

Setelah mengenal pasti tiada lagi bahaya lain wujud operasi ditamatkan pukul 3.42 pagi.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang