Saya akan terus berkhidmat di Sg Bakap – Cikgu Joohari

NIBONG TEBAL – Meskipun kalah pada Pilihan Raya Kecil  (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap baru-baru ini, calon Pakatan Harapan, Dr Joohari Ariffin menyatakan tekadnya untuk terus menyumbang khidmat kepada penduduk di kawasan DUN itu.

Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Joohari tu menyatakan kesungguhan tersebut di majlis kesyukuran bersama rakan-rakan kepimpinan jentera perpaduan PRK N20 Sungai Bakap.

“Pendidikan adalah antara yang saya sebut di dalam iltizam padu saya untuk berkhidmat di Sungai Bakap.

“Antara program pendidikan yang saya akan mulakan adalah tuisyen percuma bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,” katanya.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah rakan-rakan perpaduan yang bertungkus lumus berkempen pada PRK yang lalu. Antara yang hadir ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Amirudin Nasrudin.

“Ukhuwah yang terjalin antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di Sungai Bakap ini jelas dan kuat ditunjuk semangat perpaduannya.

“Sekiranya semangat perpaduan ini lebih kuat, saya yakin menjelang Pilihanraya Umum ke-16 nanti, Perpaduan akan nampak lebih kuat dalam mengekalkan gabungan ini dan terus memimpin Malaysia,” tambahnya.

Dalam PRK tersebut, bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki itu tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail dengan majoriti 4,267 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Sungai Bakap di sini.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang