Dikritik tidak sensitif, penganjur George Town Festival mohon maaf, turunkan bahan promosi

PULAU PINANG – Penganjur George Town Festival 2024 memohon maaf dan akur dengan kritikan oleh pelbagai pihak serta telah menurunkan semua bahan kempen promosi festival itu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin, pasukan George Town Festival 2024 mengesahkan telah menurunkan semua siaran yang berkaitan dengan video promosi di platform media sosial, laman sesawang dan saluran YouTube mereka.

George Town Festival adalah program yang pada objektif asalnya ingin mempromosikan kebudayaan di dalam negeri Pulau Pinang, dan festival ini diadakan setiap tahun.

Namun begitu, beberapa pihak kesal dengan penganjur kerana tidak sensitif dan peka apabila tiada elemen bangsa Melayu ditampilkan dalam bahan promosi mereka.

Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Hilmi Elias berkata, sensiviti orang Melayu di Pulau Pinang perlu diberi perhatian dan jangan mereka dianaktirikan.

“Jangan kita dilihat tidak peka dengan semangat perpaduan antara kaum di dalam negeri Pulau Pinang,” katanya.

Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Yusuf Ghani juga kesal kerana elemen budaya Melayu di dalam negeri Pulau Pinang seperti tarian boria yang diiktiraf oleh Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), langsung tidak disebut.

“Yang terkilannya, di dalam bahan kempen promosi festival ini juga, mempunyai logo Jata Negeri Pulau Pinang dan lambang Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pulau Pinang, namun seolah-olah tidak sensitif langsung dengan masyarakat Melayu di sini,” katanya.

Dalam nada sama, Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Abdul Mohsein Mohd Shariff juga menyuarakan rasa kesal PKR Pulau Pinang apabila penganjur seolah-olah tidak sensitif dan tidak mencerminkan elemen kebudayaan perpaduan yang sebenar.

“Imej kepelbagaian budaya Pulau Pinang mesti dipelihara dan diraikan dalam semua bahan promosi atau dari erti kata lain sentiviti seperti bangsa dan agama tidak boleh diketepikan sama sekali,” tegasnya.

George Town Festival 2024 dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 28 Julai ini.

Related Posts

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

“KITA boleh lakukan apa sahaja di sebalik skrin, tetapi kesannya kepada emosi dan mental individu boleh menjadi sangat parah,” tegas pempengaruh, Adam Eji, berkenaan isu buli siber yang semakin membimbangkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

KONSENSUS MADANI bukan sekadar konsep politik semasa, sebaliknya merupakan satu agenda besar untuk membangunkan Malaysia yang lebih adil dan inklusif, demikian tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik