Barisan pimpinan PKR senada sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

MAJORITI pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan sokongan terbuka terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden menjelang pemilihan parti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim berkata pencalonan Nurul Izzah ini sejajar dengan persiapan parti untuk menuju ke era baharu dan keberadaan beliau di barisan hadapan adalah tanda komitmen terhadap kesinambungan idealisme reformasi.

“Saya yakin, ianya bukan soal individu, tetapi langkah strategik untuk memperkukuhkan barisan kepimpinan masa hadapan parti.

“Dalam suasana politik yang semakin kompleks, Nurul Izzah jadi sosok yang bukan sahaja berwibawa dan berprinsip, tetapi juga mampu meniupkan semangat reformasi ke generasi baharu, melintasi pelbagai latar yang ada,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Nurul Izzah mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan PKR yang akan berlangsung 24 Mei ini.

Dalam pada itu, barisan pimpinan PKR Selangor menzahirkan sokongan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, Nurul Izzah adalah sosok pemimpin yang bersedia ‘toe the line’ bersama anggota sekali gus memahami denyut nadi parti serta perjuangan rakyat.

“Saya yakin, dengan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden, kita dapat menyusun semula barisan yang kuat, menyemai semula kepercayaan rakyat, dan memastikan PKR kekal relevan, progresif dan berwibawa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, juga menyatakan sokongan penuh buat Nurul Izzah dan menyifatkan keperibadian beliau yang konsisten menyuarakan isu kemanusiaan dan pemberdayaan wanita peringkat antarabangsa memberikan nilai tambah menduduki posisi berkenaan.

“Beliau juga cukup istiqamah berjuang dalam isu-isu kemanusiaan dan pemberdayaan wanita di peringkat antarabangsa. Komitmen beliau yang cukup vokal dalam isu Palestin, kemiskinan multi dimensi, keselamatan wanita, keluarga dan kanak-kanak menjadikan beliau pemimpin figura yang diperlukan parti.

“Sebahagian besar akar umbi parti telah menyatakan sokongan penuh kepada Nurul Izzah untuk bertanding dan berfungsi secara efektif dengan “letak duduk” sebagai orang dua dalam parti,” katanya.

Manakala, pimpinan Cabang PKR Melaka berkata, Nurul Izzah bukanlah nama asing dalam perjuangan reformasi berikutan keteguhan prinsip, keberanian bersuara dan tidak pernah lelah memperjuangkan agenda keadilan sosial, hak asasi manusia serta reformasi institusi.

Turut senada, Naib Ketua AMK Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad berkata, kehadiran beliau memeriahkan lagi kemeriahan pesta demokrasi dalam parti yang meraikan perbezaan pandangan, memberikan ruang kepada pertandingan sihat dan mengangkat semangat demokrasi.

Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu, Lee Li Mei juga berpandangan Nurul Izzah adalah sosok yang tepat untuk mengharungi arus politik yang kian mencabar dan sudah tiba masanya PKR menerima nafas baru iaitu memiliki pemimpin yang berani serta berwawasan.

Pemilihan PKR dijangka berlangsung pada 24 Mei dengan beberapa jawatan utama termasuk Timbalan Presiden menjadi tumpuan ahli dan pemerhati politik tanah air.

Related Posts

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

LAHAD DATU – Parti Bersatu Sabah (PBS) mengekalkan pendirian bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergerak solo sekiranya tidak berlaku sebarang rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin mengecam tindakan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kapayan, Cyril Liew, yang bertindak keluar parti.  Menurutnya, tindakan segelintir pemimpin tempatan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Lelaki dengan 19 rekod jenayah lampau ditembak mati di Bukit Jambul

Lelaki dengan 19 rekod jenayah lampau ditembak mati di Bukit Jambul

Malaysia sokong hasrat ASEAN bangunkan ‘toolkit’ tangani jenayah siber – Fahmi

Malaysia sokong hasrat ASEAN bangunkan ‘toolkit’ tangani jenayah siber – Fahmi

Ahli majlis daerah wajar ‘going extra mile’ dalam sistem penyampaian perkhidmatan PBT

Ahli majlis daerah wajar ‘going extra mile’ dalam sistem penyampaian perkhidmatan PBT

Nurul Izzah diiktiraf akar umbi kerana wibawa, bukan warisan

Nurul Izzah diiktiraf akar umbi kerana wibawa, bukan warisan