Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

KUCHING – Sarawak memperkenalkan Program Bas Sekolah Percuma sebagai satu inisiatif baharu bagi menangani isu kesesakan lalu lintas kritikal di kawasan sekolah, selain meringankan beban kewangan ibu bapa.

Program yang dilaksanakan sebagai projek perintis itu dilancarkan di Jalan Stapok, melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua 6 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Maong Hilir.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengenalan program itu bukan sahaja bertujuan mengurangkan jumlah kenderaan pada waktu puncak, malah menekan aspek keselamatan murid menerusi penggunaan teknologi terkini.

“Ini adalah satu pendekatan baharu yang kita perkenalkan bersama wakil rakyat di sini sebagai projek perintis.

“Berdasarkan statistik dan sistem pengesanan, nampaknya usaha ini berjaya mencatatkan penurunan jumlah kenderaan yang menggunakan Jalan Stapok ketika sesi persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Bas Sekolah Percuma Dan Bilik Darjah Pintar di SJK Chung Hua 6 pada Isnin.

Mengulas mengenai keunikan program yang diperkenalkan ini, Abang Johari menjelaskan bas tersebut dilengkapi sistem pengesanan pintar dan alat komunikasi yang membolehkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka secara terus.

Menurutnya, kos penyediaan bas dan perkhidmatan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan kerjasama masyarakat serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Memandangkan pendekatan baharu ini nampaknya berjaya, kita akan cuba memperluaskan perkhidmatan ini di kawasan bandar lain, terutamanya di sekolah yang sering berdepan masalah trafik.

“Malah, teknologi jadual pergerakan yang diguna pakai dalam projek perintis ini akan turut diadaptasi bagi menambah baik Program Bas Sekolah Percuma di bawah Yayasan Sarawak sedia ada,” tambahnya.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Sri Lee Kim Shin.


Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat