Sarawak catat masalah obesiti tertinggi di Malaysia – Dr Dzulkefly

SARAWAK mencatat masalah obesiti dan kadar prevalen berat badan tertinggi di Malaysia dengan kadar 35.2 peratus dalam kalangan remaja.

Selain itu, Perlis (34.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (33.0 peratus) turut dalam senarai tertinggi di Malaysia.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, lima teras strategi dan 31 inisiatif digariskan dengan memberi keutamaan kepada mengukuhkan tadbir urus kesejahteraan pemakanan.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membangunkan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak Malaysia 2023-2030,” jelas beliau.

Tambah beliau, pendekatan tersebut digunakan untuk menangani masalah beban berganda malpemakanan seperti bantut, obesiti dan anemia.

“Pelan ini turut menyasarkan impak khusus kepada remaja, kanak-kanak wanita untuk menggembleng tenaga secara efektif kepada semua pihak berkepentingan dalam pelaksanaan strategi, program dan aktiviti yang digariskan,” kata beliau lagi.

Dr Dzulkefly berkata, inisiatif 1,000 hari pertama kanak-kanak sejak ibu hamil sehingga berusia 2 tahun juga akan terus diperkukuhkan.

Beliau berkata demikian ketika perbentangan di Sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak mahu KKM mewujudkan Pelan Tindakan (Blueprint) Pemakanan Kanak-Kanak dalam usaha menyelesaikan isu pemakanan dalam kanak-kanak.

“Pelan ini diharap dapat menangani masalah isu malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak supaya dapat membina masyarakat yang sihat,” katanya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan membuat saringan awal bagi ujian hemoglobin darah kepada wanita dan bakal ibu serta pengawasan tumbesaran bayi dan kanak-kanak.

“Aktiviti seperti itu juga dapat dilakukan bersama-sama pihak farmasi swasta dan klinik kelihatan swasta,” kata beliau lagi.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta