31 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu Khas Motosikal

BAU – Operasi Op Bersepadu Khas Motosikal yang dilakukan pada Sabtu lepas mengeluarkan sebanyak 31 jenis saman atas kepelbagaian kesalahan.

Saman tersebut telah dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

“Sepanjang operasi dijalankan, pihak kami enahan lima buah motosikal di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenden Dr. Daram Ruer.

“Sebanyak 28 motosikal dan seramai 31 orang diperiksa di sekitar Pasar Bau dengan 31 saman dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, antara kesalahan tertinggi ialah tiada cermin sisi (sembilan saman), ubahsuai struktur/ peralatan kenderaan (enam saman), nombor pendaftaran tidak ikut peraturan (lima saman) dan tiada lesen memandu (lima saman).

“Semua pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan sentiasa menitikberatkan keselamatan diri,” ujarnya.

Pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam berkaitan aktiviti samseng jalanan dan boleh menghubungi di talian 082-763311.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan