Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

KUCHING –Sarawak menyuarakan hasrat agar syarikat penerbangan miliknya, AirBorneo dipilih sebagai penerbangan rasmi bagi temasya Sukan SEA 2027 yang bakal dianjurkan bersama oleh negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, cadangan itu telah dikemukakan kepada badan induk sukan negara memandangkan sebahagian besar acara sukan dan majlis perasmian akan berlangsung di Sarawak.

“Saya secara peribadi telah memohon agar AirBorneo diberi peranan sebagai penerbangan rasmi, sekurang-kurangnya untuk acara yang diadakan di Bandaraya Kuching.

“Menjelang September 2027, kita menyasarkan AirBorneo sudah memiliki pesawat jet yang lebih besar untuk membawa atlet dan delegasi dari 10 negara Asia Tenggara ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirBorneo yang baharu dilantik, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin di pejabatnya, pada Isnin.

Menurut Abdul Karim, permintaan itu wajar diberi pertimbangan sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan memandangkan Sarawak turut menanggung separuh daripada kos penganjuran temasya tersebut.

“Kos penganjuran Sukan SEA dianggarkan berjumlah RM700 juta, dan kerajaan negeri telah memperuntukkan RM350 juta serta menandatangani jaminan untuk menjayakannya.

“Justeru, suara Sarawak perlu didengar jika kita memohon pertimbangan untuk membantu AirBorneo atau stesen televisyen TVS sebagai penyiar rasmi,” tegasnya.

Mengulas mengenai persiapan AirBorneo, Abdul Karim berkata, syarikat itu merancang untuk memperoleh sekurang-kurangnya tiga pesawat jenis jet sama ada Boeing 737 ataupun Airbus A320 secara pajakan dalam tempoh setahun akan datang.

Langkah itu katanya, membolehkan AirBorneo melebarkan sayap ke destinasi serantau seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina bermula tahun 2027.

Sementara itu, Megat Ardian Wira memaklumkan bahawa operasi AirBorneo kini berjalan lancar selepas proses peralihan sistem daripada Malaysia Aviation Group (MAG) selesai sepenuhnya pada 14 Januari lalu.

“Semua sistem kini dikendalikan sendiri oleh AirBorneo dengan menggunakan kod penerbangan MY, disokong oleh lapan pesawat ATR dan tiga Twin Otter buat masa ini,” jelasnya.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda