Pengumuman PMX ukir senyuman buat rakyat, ringankan beban tingkat kesejahteraan

LIMBANG – Pelbagai inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan MADANI melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mendapat sambutan positif daripada rakyat, khususnya dalam membantu meringankan kos sara hidup dan memperkukuh kesejahteraan masyarakat.

Romni Abdul, 45, berkata, Kerajaan MADANI dilihat komited dalam usaha membantu rakyat bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang kian bertambah.

Antara inisiatif yang paling mendapat perhatian Romni ialah penurunan harga minyak petrol RON95 kepada RM1.99 seliter khusus untuk pemilik MyKad.

Menurutnya langkah itu dilihat sebagai strategi bijak kerajaan dalam memastikan subsidi dinikmati rakyat tempatan yang layak.

“Penurunan harga minyak ini sangat membantu, terutamanya bagi kami yang menggunakan kenderaan setiap hari. Ia meringankan beban kewangan dan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat,” katanya.

Tambahnya lagi, pengurangan harga minyak berkenaan sememangnya memberi kelegaan kepada berjuta rakyat Malaysia, khususnya golongan B40, M40 dan mereka yang bergantung kepada kenderaan untuk bekerja dan menyara keluarga.

“Penjimatan pada bahan api akan memberikan kesan langsung kepada perbelanjaan isi rumah dan mampu mengurangkan tekanan kewangan rakyat secara keseluruhan, “ ujarnya lagi.

Anie Khairiyah Sulaiman, 27, berpendapat bahawa program Jualan Rahmah MADANI akan terus diperluas dengan lebih banyak jenis barangan ditawarkan pada harga rendah, sejajar usaha meringankan beban rakyat menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

“Pada pandangan saya, Jualan Rahmah MADANI ini sememangnya sangat membantu, terutama kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah kerana insiatif sebegini memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, ayam, telur, dan bahan dapur lain pada harga yang jauh lebih murah daripada pasaran biasa.

“Saya percaya, jika jualan ini diperluas ke lebih banyak kawasan termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman akan lebih ramai rakyat akan dapat menikmati manfaatnya bukan sahaja membantu menjimatkan perbelanjaan isi rumah, malah meningkatkan rasa kebersamaan dan sokongan antara kerajaan dan rakyat.” ujarnya.

Selain itu, keputusan Kerajaan MADANI dalam usaha pemberian bantuan tunai RM100 kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas sempena sambutan Hari Kebangsaan tersebut turut mendapat respons yang amat positif dari kalangan masyarakat.

Sufri Nasir, 30 tahun, bersyukur dengan pemberian bantuan berkenaan walaupun dilihat sedikit dari sudut nilainya namun memberi erti yang besar kepada mereka yang memerlukan.

“Walaupun jumlahnya mungkin tidak besar, tetapi bagi kami yang masih muda dan bekerja dengan pendapatan sederhana, RM100 tetap sangat bermakna di mana Ia boleh digunakan untuk membeli keperluan asas atau menampung belanja harian,” ujarnya.

Sufri menjelaskan, apa yang lebih penting selain dari membantu meringankan beban rakyat, bantuan sedemikian menunjukkan bahawa kerajaan tidak lupa kepada rakyat biasa termasuk golongan muda yang baru memulakan hidup dalam sama-sama terlibat dalam dasar kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup.

“Kita tahu keadaan ekonomi sekarang agak mencabar, harga barang naik. Jadi apabila ada sedikit bantuan seperti ini, sekurang-kurangnya ada kelegaan walaupun sementara. Ia juga memberi mesej bahawa kerajaan cakna, bukan hanya bercakap tetapi juga bertindak,” jelasnya.

Related Posts

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan penambahan kemudahan sebanyak RM5 bilion di bawah skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menghadapi kesan krisis Asia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

KUALA LUMPUR – Kerjasama erat antara institusi kewangan tempatan dalam menyokong agenda nasional terus menjadi pemacu penting kepada kestabilan ekonomi Malaysia, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan akibat krisis Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan