Bantuan RM100, cuti khas dan Jualan Rahmah, rakyat hargai keprihatinan Kerajaan MADANI

SIBU – Pengumuman bantuan tunai RM100 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi disambut penuh rasa syukur oleh pelbagai lapisan rakyat khususnya golongan B40 yang terus berdepan tekanan kos sara hidup.

Tinjauan TMP di Sarawak mendapati rata-rata rakyat menyifatkan pengumuman itu sebagai langkah berjiwa rakyat yang mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap golongan rentan seperti pekerja gig, suri rumah, warga emas dan ibu tunggal.

Bagi Abdul Muhaimin, seorang penghantar makanan sepenuh masa, bantuan tersebut memberi makna besar kepada komuniti gig yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada PMX atas pengumuman RM100 ini. Dalam dunia gig, pendapatan tidak menentu. Walaupun bantuan ini kecil bagi sesetengah orang tapi bagi kami yang berjuang atas jalan setiap hari, ia cukup bermakna,” katanya.

Dia turut mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk menurunkan harga petrol.

“Sebagai penghantar makanan, inisiatif penurunan harga petrol sangat baik. Sekurang-kurangnya dapat membantu kami yang bergantung kepada motosikal setiap hari,” tambahnya.

Sementara itu, Sharifah Nadia Wan Habib Alwie, seorang suri rumah, menyifatkan bantuan khas RM100 itu sebagai hadiah yang amat dihargai menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

“Terima kasih PMX. Sedikit sebanyak dah meringankan kos sara hidup rakyat serta fokus dengan golongan B40, terutama warga emas, ibu tunggal dan miskin tegar. Sebelum ini saya tak pernah dapat bantuan SARA atau STR, jadi saya amat gembira,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengumuman cuti khas tambahan turut disambut baik oleh pekerja sektor awam termasuk Mohamad Hazwan yang melihat langkah itu sebagai peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga.

“Bukan senang nak dapat masa bercuti dengan keluarga. Cuti tambahan ni memang saya hargai. Sekurang-kurangnya ada masa nak balik kampung dan rehat dengan keluarga. Terima kasih PMX,” katanya.

Hazwan turut memuji pelaksanaan Jualan Rahmah yang menurutnya memberi kelegaan kepada golongan B40 dan M40.

“Harga yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding pasaran biasa. Ia sangat membantu terutama dalam keadaan ekonomi sekarang.

Pengumuman bantuan tunai RM100 melalui MyKad, cuti khas tambahan dan program Jualan Rahmah dilihat sebagai pendekatan inklusif serta pantas yang mencerminkan kepekaan kerajaan terhadap denyut nadi rakyat,” tegasnya.

Langkah-langkah ini memperkukuh lagi hasrat Kerajaan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus diutamakan dalam apa jua dasar dan tindakan.

Related Posts

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan penambahan kemudahan sebanyak RM5 bilion di bawah skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menghadapi kesan krisis Asia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

KUALA LUMPUR – Kerjasama erat antara institusi kewangan tempatan dalam menyokong agenda nasional terus menjadi pemacu penting kepada kestabilan ekonomi Malaysia, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan akibat krisis Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan