
SEMPORNA – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pemancing hilang di Kampung Bukit Lalang diteruskan dengan radius pencarian diperluas dua kilometer, pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata sehingga setakat ini, mangsa Badrul Rizam Hajis, 33, belum ditemui.
“Operasi SAR dijalankan bersama agensi penyelamat lain pukul 7.20 pagi menggunakan bot penyelamat dan jet ski Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di kawasan hulu hingga ke muara sungai dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa belum dijumpai dan operasi ditangguhkan pukul 6 petang,” katanya ketika dihubungi, pada Khamis.
Menurut Madzlan, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.






