SAR hari ketiga pencarian kanak-kanak autistik yang dikhuatiri hilang

TUARAN – Pencarian kanak-kanak autistik yang dikhuatiri hilang sejak Ahad, masih diteruskan hingga hari ini dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) masuk hari ketiga.

Mangsa Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf, yang berusia 5 tahun dilaporkan hilang di belakang Pejabat Daerah Tamparuli, Kampung Bahagia II, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba TPgB II, Mohamad Nor Amit berkata operasi SAR hari ketiga dimulakan pada pukul 9 pagi bersama agensi penyelamat lain dalam radius jarak pencarian yang diperluaskan.

“Pencarian mangsa dibahagikan kepada empat sektor dan turut dijalankan di kawasan sungai menggunakan bot.

“Pencarian tersebut dijalankan di bawah Jambatan Tamparuli oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba dan Polis Marin pada pukul 10.50 pagi.

“Bagaimanapun mangsa masih belum ditemukan dalam operasi hari ketiga tersebut, maklumat akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Mohamad Nor seramai 11 anggota bomba dibantu empat anggota PDRM, lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam dan NGO daripada Jalinan Kasih turut membantu dalam pencarian tersebut beserta empat buah Dron D’Bayu.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China