Lelaki dikhuatiri hilang di kebun, ditemukan selamat

KOTA BELUD – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Isnin, di Kampung Gansurai, di sini berjaya ditemukan selamat pada Selasa.

Mangsa yang dikhuatiri hilang di kebun dikenal pasti sebagai Luise Endriuqe Seminding, berumur 26 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada pukul 8.45 malam.

“Menurut maklumat awal dari pemanggil, mangsa disedari hilang pada 20 April 2025, pukul 6 pagi. Mangsa juga dilaporkan sering mengalami ganguan emosi (tekanan jiwa) semenjak pulang dari bekerja di Korea pada tahun 2018.

“Sepasukan 11 anggota bomba berserta bantuan dari seorang anggota Unit Drone tiba di lokasi bersama jentera pada pukul 10.05 malam dalam jarak 35 kilometer (km) pada hari pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pada hari kedua operasi SAR diteruskan di kawasan kebun bersama agensi lain dan penduduk kampung pada pukul 10.05 pagi dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat lapan minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Elge, mangsa ditemukan pada jarak 2.5 km dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah dipastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada pukul 10.25 pagi,” jelasnya.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori