MCMC rakam keterangan lelaki muat naik kandungan palsu isu kebun haram Raub

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan palsu berkaitan negeri Pahang di platform Facebook, Sabtu lalu.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan sesi rakaman percakapan dan siasatan terhadap lelaki itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor, semalam.

“MCMC menyita sebuah telefon bimbit serta satu kad SIM bagi tujuan analisis forensik,” menurut kenyataan itu.

Lelaki berkenaan memuat naik kandungan palsu berkenaan dipercayai dijana melalui bantuan kecerdasan buatan (AI) menyebabkan pelbagai spekulasi dan persepsi negatif timbul dalam kalangan orang awam, berkaitan pekebun haram di Raub, Pahang.

MCMC tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu didapati menyalahgunakan laman media sosial, bagi tujuan penyebaran hantaran atau komentar palsu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta 588 dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

Persepsi masyarakat Bahasa Inggeris lebih unggul dari Bahasa Melayu perlu dibuang

PUTRAJAYA – Persepsi bahawa penggunaan Bahasa Inggeris lebih unggul dari Bahasa Melayu perlu diubah kerana ia secara tidak langsung menyumbang kepada peminggiran bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Pakar bahasa dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Transformasi SPRM perlu dilaksana secara berterusan, perangi rasuah secara holistik

AGENDA pembaharuan dan transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dimulakan kepimpinan terdahulu perlu diteruskan bagi memastikan ia kekal relevan serta diyakini rakyat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang