Sanusi diingatkan jangan kelirukan kewujudan Amanah

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan supaya tidak keliru dengan dakwaannya bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) lahir dari parti DAP.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan itu sama seperti ramai ahli Pas yang dikelirukan oleh pemimpin mereka dengan dakwaan pelik tanpa membuat kajian rapi dan menjadikannya sebagai bahan politik bermotifkan perkauman.

Ujar beliau, laporan polis dibuat kerana dakwaan Amanah dilahirkan oleh DAP, mengukuhkan lagi naratif jahat perkauman yang didakwa dibawa oleh Pas bagi memecahbelahkan perpaduan hari ini.

“Amanah yang akan berusia 10 tahun pada 16 Ogos 2025 tetap istiqamah dengan cita-citanya untuk membawa rahmah kepada rakyat Malaysia.

“Walaupun kami kecil tetapi kami tidak membawa politik fitnah dan kebencian, kami membawa politik rahmah dan kesatuan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Sanusi pada program Himpunan Ummah Selamatkan Malaysia di Kedah pada Jumaat mendakwa Amanah ditubuhkan oleh DAP.

Mengulas lanjut mengenainya, Mujahid berkata, Sanusi boleh terus memperlekehkan apa sahaja yang tidak sehaluan dengannya namun rakyat menatap setiap tutur kata dan tindakan Menteri Besar Kedah itu.

“Pentaasub Pas hanya akan mengulang fitnah bahawa Amanah adalah DAP kerana kejahilan fakta.

“Namun hari ini, panglima perang Pas berstatus Menteri Besar terbukti sah tarafnya semacam seorang pentaasub bercakap tanpa fakta,” ujarnya.

Tambah beliau, Amanah merupakan parti berpandukan kepada politik nilai dan bergerak dalam falsafah serta kerangka rahmah.

Jelasnya, parti juga bergerak dengan menghormati kepelbagaian di Malaysia dan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Slogan kami adalah Amanah, Progresif dan Peduli. RAHMAH adalah singkatan kepada nilai teras yang kami pegang, iaitu Rahmah, Amanah, Hikmah, Muafakat, Adil dan Hormat.

“Hasrat kami lahir kerana Pas membawa politik fitnah dan perpecahan bertopengkan Islam dalam labelnya bukan kerana kami disuruh oleh DAP,” katanya.

Related Posts

Keputusan keahlian mana-mana parti diumum selepas perbincangan dengan Zahid – Tengku Zafrul

TENGKU Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata keputusan mengenai keahliannya dalam mana-mana parti akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, pengumuman akan hanya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN17 Sabah: PBS pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Bersatu Sabah (PBS) akan memastikan kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pemangku Presidennya, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

Anggota bomba bantuan, pemilik rumah cedera dalam kebakaran

Lebih $53 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza – PBB

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lebih $53 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza – PBB

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata