Faktor emosi pengaruhi malpemakanan warga emas

KUCHING – Malpemakanan sering terjadi dalam kalangan warga emas disebabkan ketidakseimbangan atau kekurangan zat makanan.

Menurut Pegawai Dietetik Klinik Kesihatan Petra Jaya, Ainnalina Mohd Ramzan, faktor dan punca masalah malpemakanan dalam kalangan warga emas disebabkan emosi dan faktor sekeliling.

“Sebagai contoh, mungkin masalah malpemakanan disebabkan faktor kesunyian atau tiada peneman yang menjadi punca kepada masalah tersebut,” ujar Ainnalina.

Ainnalina menjelaskan peneman tidak semestinya suami isteri tetapi boleh jadi anak dan rakan-rakan sekeliling.

Selain itu, tambah Ainnalina, warga emas sangat memerlukan protein memandangkan faktor usia mereka serta fungsi organ tidak seperti ketika waktu muda.

“Warga emas sememangnya digalakkan mengambil sumber protein seperti ikan, sotong, udang dan lain-lain protein,” ujar Ainnalina.

Jelas Ainnalina, sumber protein diproses seperti ikan sardin di dalam tin tidak digalakkan.

“Sumber makanan protein tidak berkualiti seperti ikan sardin di dalam tin tidak begitu membantu dalam mengatasi masalah ketidakseimbangan,” kata Ainnalina lagi.

Sementara itu, Ainnalina berkata program ‘Literasi Kesihatan Panduan Pemakanan Warga Emas’ bukan hanya sekadar berkongsi ilmu tetapi sesuai untuk berinteraksi dengan warga emas.

“Melalui platform ini, kita bukan sekadar berkongsi tetapi memberi sokongan moral dan berkongsi pengalaman mereka,” ujar Ainnalina.

Tambah Ainnalina, daripada berkongsi pengalaman mereka, kita dapat mengenal pasti masalah malpemakanan dalam kalangan warga emas. 

Related Posts

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

KANGAR – Perlis boleh dijadikan contoh dalam meraikan kepelbagaian kaum dan semangat Malaysia Madani meskipun mempunyai komuniti Cina yang kecil di negeri itu. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

KUCHING – Proton e.MAS Kuching Melinau EV hari ini melancarkan bilik pameran kereta eletrik (EV) pertama di pusat beli-belah Vivacity Megamall. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Proton e.MAS Kuching…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji