Pendaki sesat ketika turun Gunung Yong Yap, ditemukan selamat

SUNGAI SIPUT – Seorang pendaki yang sesat ketika aktiviti mendaki di Gunung Yong Yap, dekat sini, pada petang Ahad ditemui selamat oleh orang awam kira-kira jam 10 pagi, Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa, Ilhami Mohd Idris, 22, dari Seri Kembangan, dijumpai orang awam di kebun getah dekat Pos Kuala Mu, di sini.

Terdahulu, beliau memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.42 malam tadi.

“Sejurus menerima panggilan, lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput bergegas ke lokasi kejadian.

“Terdahulu, ketua pendaki memaklumkan mangsa disedari hilang sewaktu membuat pemeriksaan selepas menuruni bukit di Kem Site Sungai Chinak pada jam 6 petang.

“Kami menerima maklumat dari Balai Polis Sungai Siput berhubung kehilangan seorang lelaki yang menyertai pendakian Gunung Yong Yap melalui Jalan Pos Kuala Mu,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketua pendaki bersama 15 peserta telah membuat laporan polis sekitar jam 10.03 malam semalam.

“Laporan polis dibuat selepas pasukan pendaki bersama lima malim gunung telah membuat pencarian hingga ke puncak Gunung Yong Yap, namun gagal menemui mangsa,”ujarnya.

Beliau memaklumkan pencarian mangsa bermula sekitar jam 7.30 pagi tadi bersama agensi terlibat.

Bagaimanapun, ujar Sabarodzi, mangsa telah ditemui dalam keadaan selamat oleh orang awam pada jam 10 pagi tadi.

Related Posts

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah menyokong penuh aspirasi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dengan memberi penekanan kepada pendidikan digital dan infrastruktur, kesejahteraan guru, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

SEPANGGAR – Perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah perlu terus diperkukuhkan sebagai asas kestabilan negeri terutama ketika negara berdepan cabaran ekonomi global. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

‎Sabah sokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Kaamatan platform kukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Suara Melayu menjadi lemah jika politik dendam, prasangka masih berleluasa

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk hina Islam, Raja Melayu

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Lelaki warga Thailand didakwa bunuh rakan di kebun getah Gua Musang

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI