Sanggup terjun laut tinggalkan dadah RM3.55 juta

LANGKAWI – Cubaan menyeludup masuk dadah bernilai RM3.55 juta yang dari dipercayai dari negara jiran ke Pulau Langkawi sebagai destinasi transit, digagalkan polis, pada Isnin lalu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, operasi khas itu dijalankan sepasukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu kira-kira jam 11 malam.

Katanya, sebuah bot berjaya ditahan di kedudukan 6 batu nautika dari Pulau Lima Langkawi.

“Dua suspek telah bertindak terjun ke laut selepas menyedari kehadiran anggota operasi dan sehingga kini masih belum dikesan.

“Pemeriksaan ke atas bot terbabit menemui 102 bungkusan mengandungi plastik lut sinar berisi ketulan mampat kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 107.581 kilogram bernilai RM3.55 juta,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, anggota operasi telah menyita bot dengan dua enjin bernilai RM200,050.

Tambahnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang