SAMAsedia Siri 1 2025 mantapkan kepemimpinan belia

KUCHING – Program SAMAsedia (Kem Aspirasi Warisan Anak Negeri) Siri 1 2025 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mampu memantapkan barisan kepemimpinan dalam kalangan belia.

Menurut kenyataan rasmi AKYBMS, pelaksanaan program tersebut berkonsepkan pelbagai aktiviti, kerja berkumpulan, santai dan menghiburkan.

“Pelaksanaan SAMAsedia adalah salah satu langkah yang sangat penting untuk mempersiapkan pemimpin pelapis akar umbi dari sudut jati diri, perpaduan, patriotism mengikut semangat Sarawakku Sayang.

“Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan jati diri dan keyakinan dalam kalangan belia,” katanya.

Melalui program ini, golongan belia dapat menanam semangat setiakawan serta semangat kepasukanan yang tinggi.

“Secara tidak langsung, ia juga dapat mencungkil dan memantapkan ilmu kepemimpinan dalam kalangan belia,” katanya lagi. 

Difahamkan pelaksanaan program secara berkala sebanyak empat siri itu terdiri daripada pelbagai struktur aktiviti.

Ia juga turut melibatkan kerjasama pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan rakan kolaboratif strategik berkaitan.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan