Keputusan keahlian mana-mana parti diumum selepas perbincangan dengan Zahid – Tengku Zafrul

TENGKU Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata keputusan mengenai keahliannya dalam mana-mana parti akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pengumuman akan hanya akan dibuat selepas perbincangan diadakan bersama Ahmad Zahid.

“Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid terlebih dahulu,” katanya selepas menghadiri program amal Golf KITA 2025 di Shah Alam, pada Ahad, yang dirasmikan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Terdahulu, terdapat ura-ura mengatakan Tengku Zafrul akan meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR beberapa bulan lalu tetapi beliau menafikan perkara itu dan meneruskan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri

Dalam perkara berasingan, Tengku Zafrul berkata terdapat cadangan daripada beberapa pihak supaya beliau dilantik Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas penggalnya sebagai senator berakhir Disember depan.

“Bagi saya apa-apa pun jawatan yang diberi sekarang atau pada masa hadapan, itu terpulang kepada Perdana Menteri,” katanya

Tambahnya, fokus utama pada ketika ini adalah meneruskan tugas penting di kementerian, termasuk memainkan peranan dalam menjayakan komitmen Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun ini.

Related Posts

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menyeru ahlinya agar menyambut proses pemilihan parti dengan semangat demokrasi, sekali gus memperkukuh perpaduan dalam parti dan menjadikannya sebagai landasan strategik menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN17 Sabah: PKR kemas kini kerusi, serah rundingan pada PKR Sabah

TAWAU – PKR selesai mengemas kini senarai kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Sabah akan datang, kata Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh. Bagaimanapun katanya, PKR Pusat menyerahkan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gagal urus KFA, Sanusi perlu letak jawatan sebelum bertambah parah

Gagal urus KFA, Sanusi perlu letak jawatan sebelum bertambah parah

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

  • By Fandi
  • March 22, 2025
Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS