Dr Wan Azizah seru pelihara keharmonian kaum

SEMUA lapisan masyarakat perlu menolak sebarang unsur yang mencetuskan perbalahan melalui isu perkauman bagi memelihara keharmonian negara.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbezaan pendapat dan kepercayaan harus ditangani secara matang dengan memberi tumpuan kepada titik persamaan dan tidak memperbesar-besarkan pertikaian kecil.

Wan Azizah yang juga merupakan isteri kepada Perdana Menteri berkata, keamanan yang dinikmati negara hari ini adalah tanggungjawab bersama dan mesti dipelihara untuk generasi akan datang.

“Seperti yang kita sedia maklum, prinsip perpaduan dalam kepelbagaian telah lama menjadi teras keharmonian masyarakat Malaysia.

“Kepelbagaian budaya dan adat resam tidak pernah menjadi kuasa pemisah sebaliknya mengeratkan hubungan antara kita semua.

“Oleh itu, marilah kita terus memelihara warisan perpaduan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina kawasannya di Kompleks Renang Kuala Lumpur pada Ahad.

Turut hadir Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Wan Azizah berkata, acara berkenaan menyediakan platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kekeluargaan, selaras dengan prinsip Malaysia Madani yang menekankan nilai kesejahteraan dalam masyarakat.

Related Posts

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

INDEKS Kebahagiaan IPSOS 2025 mencatatkan Malaysia berada pada tahap kebahagiaan yang lebih tinggi berbanding tahap purata kebahagiaan global sekali gus mengatasi beberapa negara maju di Asia. Berdasarkan hasil tinjauan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Guru KAFA, takmir, imam dapat duit raya RM250

GURU Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut kini boleh mengukir senyum menjelang Aidilfitri ini kerana bakal mendapat ‘duit raya’ daripada Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

  • By Fandi
  • March 22, 2025
Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha