Sabati perkasakan pendidikan TVET di luar bandar

BARAM – Timbalan Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil yang mewakili isterinya, Datin Monica Ukong untuk Program Pendidikan Luar Bandar Sabati-Petros (STEM-TVET) sangat yakin dapat memberi impak yang besar kepada komuniti dan pelajar di kawasan tersebut.

“Inisiatif ini sangat berharga dalam membantu pelajar dengan kemahiran teknikal dan sains terutama industri yang semakin berkembang pesat di Sarawak.

Dengan kerjasama PIBG SMK Tinjar, UBK SMK Tinjar, Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (Sabati), dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros), program ini memperkasakan pendidikan luar bandar terutama bidang STEM dan TVET yang dapat membangunkan kemahiran dan peluang masa depan anak-anak muda.

“Dengan matlamat negara menuju teknologi tinggi menjelang 2030, inisiatif ini memang tepat pada masanya untuk melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi perubahan teknologi masa depan,” kata beliau.

Ujar beliau, Program Pendidikan Luar Bandar Sabati-Petros (PPLBS-P) dengan tiga aktiviti utama ini sangat menyeluruh dalam mendekati pelajar dari pelbagai peringkat.

Tambah beliau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, program Kem Karnival STEM untuk sekolah rendah dan menengah serta Kem Kecemerlangan SPM bagi subjek Sains dan TVET sudah pasti memberi tumpuan kepada pembangunan bakat dari awal.

“Usaha ini sangat penting dalam memastikan pelajar luar bandar tidak ketinggalan dalam bidang STEM dan TVET yang menjadi tunjang utama kepada masa depan teknologi negara,” ujar beliau lagi.

Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada isteri Premier Sarawak dan merangkap Presiden Sabati, Datuk Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta pihak pengurusan Petros selaku penyumbang dana dan menunjukkan komitmen terhadap pendidikan di luar bandar.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri