Keutuhan perpaduan Sarawak penting demi kestabilan politik negara – Abang Johari

MIRI – Perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak terus menjadi faktor penting demi kestabilan politik negara.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg berkata, cabaran politik yang dihadapi sebelum ini berjaya diselesaikan dengan baik melalui kerjasama di Sarawak.

“Pemimpin bekerjasama tanpa mengira latar belakang kerana keutamaan membangunkan masyarakat dan negeri kita dalam semangat satu Malaysia.

“Jika politik stabil, kita dapat menumpukan perhatian untuk membangunkan ekonomi dan mengukuhkan seluruh Malaysia,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Madani Rakyat 2024 Sarawakku Sayang pada Sabtu.

Abang Johari juga yakin keadaan aman dan makmur membolehkan usaha untuk membangunkan seluruh negara.

“Saya percaya kestabilan politik memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi dan membantu menarik kemasukan pelaburan asing,” ujarnya.

Menurut beliau, ekonomi Malaysia menunjukkan tanda pemulihan yang ketara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peningkatan nilai Ringgit dalam beberapa hari kebelakangan ini memberi indikasi ekonomi negara semakin pulih,” tambahnya.

Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran nombor pendaftaran istimewa siri Madani, penyampaian cek replika SejaTi Madani dan cabutan bertuah.

Related Posts

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar