‘Malam ini malam kita, mari pererat lagi kerjasama Perpaduan’ – MCA

KLUANG – Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon menyeru kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dipererat selepas menyaksikan kemenangan hatrik yang dicipta BN itu dalam tiga siri Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu Pelangai, Nenggiri dan Mahkota.

Hang Soon berkata, bertitik tolak daripada kemenangan besar di Mahkota ini justeru Kerajaan Perpaduan wajar memikirkan bagaimana cara untuk memperatkan lagi kerjasama gabungan ini.

“Saya rasa malam ini kita cukup bergembira dengan keputusan majoriti lebih daripada 20,000.

“(Kemenangan) ini sesuatu yang saya rasa mungkin pada awalnya di luar jangkaan kita, tapi berkat kerjasama daripada semua pihak itulah keputusannya.

“Apa yang penting adalah, dari sini bagaimana kita nak memperatkan lagi kerjasama di antara dan sesama kita (BN-PH) dalam pakatan ini,” katanya ketika berucap Bilik Gerakan Utama BN di Taman Sri Kluang pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau menegaskan kemenangan Syed Hussien Syed Abdullah wajar dirayakan oleh semua jentera (BN-PH).

“Selamat maju jaya untuk kita semua.

“Malam ini, malam kita,” ujar beliau.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang