Sindiket dadah tumpas di Sibu, rampasan cecah RM8.5 juta

SIBU – Sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak 2015 berjaya ditumpaskan menerusi beberapa serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pada 12 dan 13 Jun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mancha Ata berkata, serbuan dilakukan di tiga lokasi berasingan iaitu di tepi sebuah kedai di Pusat Pedada serta dua rumah teres di Lorong Permai Jaya, Sibu.

Dalam operasi berkenaan, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun dan seorang wanita berusia 44 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket tersebut.

“Hasil serbuan membawa kepada rampasan dadah bernilai RM532,934.40 melibatkan 7,086.7 gram syabu, 2,078.9 gram ketamin dan 2,022.6 gram pil Erimin 5, yang berpotensi menjejaskan lebih 49,000 penagih,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Menurut beliau, polis turut menyita pelbagai aset mewah bernilai RM7.99 juta, antaranya wang tunai lebih RM5 juta, jongkong dan rantai emas, tiga jam tangan mewah jenama Rolex serta tiga buah kenderaan jenis Lexus dan Toyota.

“Keseluruhan nilai rampasan, termasuk dadah dan aset, dianggarkan mencecah RM8.53 juta,” jelasnya.

Antara barangan lain yang turut dirampas bagi tujuan siasatan ialah kad bank, kunci serta peralatan pembungkusan dadah.

Siasatan awal mendapati sindiket terbabit memperoleh bekalan dadah dari Semenanjung Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier, sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.

Ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari bermula 13 hingga 20 Jun bagi membantu siasatan lanjut.

Polis turut memaklumkan usaha mengesan baki rangkaian sindiket yang masih bebas sedang giat dijalankan, dan orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222.

Related Posts

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api