Sabah rekod permintaan sehingga RM40 juta bina, naik taraf Tamu Desa

TAWAU – Sabah mencatatkan permintaan luar biasa sehingga RM40 juta bagi membangun dan menaik taraf Tamu Desa daripada peruntukan sebenar RM10 juta yang disediakan dalam Belanjawan 2025.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, sambutan terhadap inisiatif Tamu Desa menunjukkan peningkatan ketara susulan kejayaan pelaksanaannya pada tahun lalu.

“Jadi ini menunjukkan apa yang telah kita mulakan di KUSKOP ini pada tahun lepas, setelah mereka melihat tamu-tamu desa yang dibina memberi manfaat, tempat lain yang banyak gerai sedia ada turut mengemukakan permohonan.

“Dan saya akan terus berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimana dapat kita tangani permohonan ini secara berperingkat setiap tahun terutama dalam Rancangan Malaysia Ke-13,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Tamu Desa Kampung Piuludan dan pelancarkan Koperasi Rakyat Tawau Berhad di Dewan Pisompuruan Andrassy, pada Jumaat.

Menurut Ewon, sebanyak 98 buah Tamu Desa telah dibina iaitu masing-masing 49 di seluruh Sabah dan Sarawak di bawah peruntukan KUSKOP pada 2024.

Mengenai pelancaran Koperasi Rakyat Tawau, terdahulu, Ewon dalam ucapannya berharap agar koperasi itu mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada ahli koperasi dan masyarakat Kampung Piuludan.

“Ini merupakan inisiatif dan permulaan yang baik dan diharapkan koperasi ini berkembang lagi pada masa akan datang.

“Direkodkan lebih 16,000 koperasi berdaftar seluruh negara dan lebih 1,900 di negeri ini,” katanya.

Dalam program itu, sebanyak 170 penerima asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan yatim menerima bantuan bakul makanan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan