
TEMPOH perkhidmatan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dilanjutkan untuk satu tahun lagi.
Lanjutan itu akan berkuat kuasa mulai 13 Mei.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sudah memperkenankan pelantikan semula Azam bagi memegang jawatan tertinggi dalam SPRM.
“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Subsekyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694], Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026,” kata kenyataan itu pada Jumaat.
Kenyataan itu tu bahawa pelantikan semula tersebut adalah berdasarkan pengalaman, komitmen dan pencapaian Azam sepanjang mengetuai SPRM.
Untuk rekod, Azam pertama kali dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020, menggantikan Latheefa Koya.
Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM selama empat tahun dari 2016 hingga 2020, selain memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Risikan dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.
Ini merupakan lanjutan kali ketiga bagi tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.