Sabah rancang tubuh tabung kebajikan penggiat sukan

KOTA KINABALU – Tabung Kebajikan Penggiat Sukan Sabah dijangka akan dilancarkan dalam tahun ini bagi menjaga kebajikan atlet dan bekas atlet negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif itu merupakan langkah kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan penggiat sukan yang telah mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

“Tabung berkenaan akan menyediakan bantuan perubatan kepada atlet dan bekas atlet yang sakit atau cedera, termasuk sokongan peralatan serta bantuan lanjut kepada mereka yang memerlukan.

“Kemudahan itu akan melengkapkan bantuan sedia ada yang disalurkan melalui Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), khususnya bagi memastikan kebajikan penggiat sukan Sabah terus terpelihara,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah 2023-2024, The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, pada Sabtu.

Tambahnya, penubuhan tabung kebajikan itu juga bertujuan menggalakkan lebih ramai anak muda Sabah menceburi sukan berprestasi tinggi secara aktif dalam persekitaran yang terjamin dari segi kebajikan.

“Kerajaan negeri menekankan keperluan pembangunan sukan dilaksanakan secara menyeluruh bukan hanya tertumpu kepada pencapaian, tetapi turut mengambil kira kesejahteraan atlet sepanjang dan selepas kerjaya mereka.

“Usaha itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam membangunkan ekosistem sukan yang mampan serta berteraskan nilai kemanusiaan demi kepentingan atlet, negeri dan negara,” katanya.

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei