Atlet pelayaran, silat ungguli Anugerah Sukan Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Atlet pelayaran negara, Muhammad Asnawi Iqbal Adam dan pesilat kebangsaan, Nor Farah Mazlan masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Negeri Sabah bagi tahun 2023 – 2024.

Kedua-dua atlet itu menerima anugerah yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Asnawi, 20, berasal dari Kota Kinabalu, mencatat pencapaian di peringkat antarabangsa apabila memenangi pingat gangsa dalam Sukan SEA Cambodia 2023 serta pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, China 2024, selain meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024.

Mengulas anugerah tertinggi sukan negeri yang diterimanya, Asnawi menyatakan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut.

“Saya sangat bersyukur dan tidak sangka dapat menerima anugerah ini. Alhamdulillah, ini rezeki saya pada tahun 2023 dan 2024,” katanya.

Beliau yang mula berkecimpung dalam sukan pelayaran sejak usia 6 tahun berkata, sasaran seterusnya adalah untuk terus meningkatkan prestasi dengan matlamat mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik.

Sementara itu, Nor Farah, 28, berasal dari Kota Belud, terus mengukuhkan reputasi sebagai antara pesilat wanita terbaik negara selepas menjuarai Sukan SEA 2023 di Cambodia, Kejohanan Asia 2023 di Dubai serta Kejohanan Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Nor Farah berkata penerimaan anugerah itu menjadi pendorong untuk beliau mengekalkan prestasi dalam suasana persaingan yang semakin mencabar.

“Saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan pencapaian sekarang dan akan terus berusaha untuk kekalkan momentum bagi kejohanan besar akan datang,” katanya

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China