Sabah peruntuk RM98.6 juta pembangunan belia dan sukan

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan sebanyak RM98.6 juta kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif pada tahun ini melibatkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh pembangunan belia dan kemajuan sukan sebagai agenda strategik negeri.

“Jumlah keseluruhan peruntukan tersebut,RM16.75 juta disalurkan khusus bagi pembangunan modal insan belia termasuk pemberian geran kepada persatuan-persatuan belia di Sabah.

“Sebanyak RM27.21 juta pula diperuntukkan untuk pembangunan kemajuan sukan, meliputi usaha meningkatkan prestasi atlet serta memperkukuh ekosistem latihan dan pengurusan sukan negeri,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah 2023-2024, The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, pada Sabtu.

Tambah Hajiji, sukan berperanan penting dalam membentuk disiplin, jati diri dan nilai kepimpinan dalam kalangan generasi muda yang bakal menjadi aset serta pemimpin masa depan Sabah.

Katanya, kerajaan negeri akan terus memastikan pembangunan belia dan sukan dilaksanakan secara tersusun, inklusif dan mampan bagi melahirkan atlet serta belia yang berdaya saing di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Related Posts

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

MIRI – Gara-gara terpedaya dengan kata-kata manis seorang kenalan lelaki di aplikasi TikTok, seorang pesara swasta wanita berputih mata selepas kerugian RM1,173,700 akibat menjadi mangsa ‘Love Scam’. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting