Sabah mohon peruntukan tambahan naik taraf jalan persekutuan

PUTATAN – Kerajaan Sabah mengemukakan ‘wishlist’ yang merangkumi permohonan tambahan peruntukan untuk menaik taraf jalan persekutuan yang uzur kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada baru-baru ini di Tuaran.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya berkata, beliau berharap agar permohonan tersebut dapat diterima dan diluluskan oleh kerajaan persekutuan bagi membantu menaik taraf jalan-jalan kawasan tersebut.

“Kita memohon agar peruntukan menaik taraf jalan persekutuan yang sudah uzur ini ditambah.

“Kita harap ia akan dipersetujui dan direalisasikan,” katanya semasa sidang media Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Bulan Ramadan dan Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Teluk Dumpil, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan persekutuan selama ini telah menyalurkan peruntukan bagi penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan, namun jumlah yang diterima adalah kurang mencukupi berbanding keperluan yang diutarakan kepada kerajaan pusat.

“Itu untuk penyelenggaraan yang bermaksud penyelenggaraan rutin, kritikal dan juga kecemasan.

“Namun apa yang kita sedang hadapi pada masa kini adalah keadaan jalan yang sudah melebihi jangka hayat reka bentuk.

“Ditambah lagi dengan pembangunan yang pesat, peningkatan aliran trafik yang tinggi.

“Jadi menyebabkan jalan-jalan yang lama ini, bukan sahaja memerlukan penyelenggaraan tetapi memerlukan penaiktarafan,” katanya.

Ketika disoal berkenaan dengan kenderaan berat seperti lori kayu balak, ulas, ia merupakan cabaran dan disuarakan di peringkat persekutuan berkenaan muatan lebih.

“Ini merupakan cabaran yang telah saya suarakan di peringkat persekutuan bersama ahli parlimen Sabah lain mengenai isu lebihan muatan ‘overloading’.

“Terutama di jalan-jalan sebagaimana yang kita katakan tadi iaitu jalan-jalan yang sudah uzur, sudah melebihi jangka hayat mereka bentuk.

“Apabila terkena lebihan muatan yang berterusan yang banyak, ditambah lagi dengan cuaca yang buruk dan basah, maka jalan raya mudah rosak.

“Jadi, kita juga meminta kerjasama daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sudah dimaklumkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian untuk membantu kita kerana punca kuasa bagi had lebihan muatan jalan raya ini adalah di bawah JPJ,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16