DALAM Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kemaman baru-baru ini, Perdana Menteri ada menyebutkan bahawa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.8 bilion kepada negeri Terengganu, negeri semenanjung yang tertinggi mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Peruntukan itu melibatkan pelbagai projek infrastruktur dan juga projek-projek yang secara tidak langsung dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu.
Namun begitu, dengan peruntukan sebesar itu, Kerajaan Negeri Terengganu dilihat masih gagal untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.
Bahkan di mana negeri-negeri lain telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada penjawat awam negeri masing-masing, Terengganu masih senyap tanpa sebarang berita. Begitu juga dengan dana raya kepada rakyat yang telah lama tidak ada semenjak Pas memerintah Terengganu.
“Guane gining, buleh pittih Kerajaan Pusat bilion boh, tokkan tokleh adjust pitih raya ke sek-sek TCS nge awok-awok kampung ning? Berat nanang ngat terik ning.”
Menteri Besar sendiri pernah menyebut kewangan negeri Terengganu dipegang Kerajaan Pusat.
“Ni se agi bahang pening togok air sejuk, MB Dr Sam tok ngaji ke senarai Persekutuan nge negeri dalam perlembagaan, jeng molek MB ning.”
Rakyat Terengganu menantikan satu perubahan yang baik untuk negeri dan rakyat, tetapi melihat kepada tindakan dan juga keputusan Kerajaan Negeri akhir-akhir ini, ia sesuatu yang sukar dicapai oleh pentadbiran sekarang.





