Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah mengalu-alukan pendekatan strategik Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat, termasuk penyaluran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjelang sambutan Aidilfitri yang mampu meringankan beban rakyat membuat persiapan perayaan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah berkenaan mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

Selain itu, katanya, inisiatif bantuan khas RM400 menerusi program FlySiswa kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sempena cuti Hari Raya turut memberi manfaat besar kepada golongan mahasiswa.

“Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM600 kepada pelajar anak Sabah yang menuntut di Semenanjung dan Sarawak bagi subsidi tiket penerbangan pulang ke kampung halaman.

“Bagi pelajar yang menuntut di dalam negeri pula, mereka akan menerima bantuan RM300 seorang untuk perbelanjaan pulang menyambut Aidilfitri,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Bersama YAB Perdana Menteri di Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada Ahad.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri itu mencerminkan komitmen berterusan dalam membantu rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

Pada masa sama, beliau menegaskan Kerajaan Negeri akan terus memberikan sokongan dan dukungan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam usaha memperkukuh pembangunan negara serta memacu kemajuan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, kepimpinan PMX juga berjaya memulihkan serta memperkukuh ekonomi negara dengan pencapaian pelaburan yang memberangsangkan.

Menurutnya lagi, Malaysia mencatat rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah tahun lalu berjumlah RM426.7 bilion, meningkat 11 peratus berbanding 2024, melibatkan lebih 8,000 projek pelaburan dengan potensi mewujudkan 244,902 peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Pengukuhan nilai ringgit pada masa sama turut mencerminkan keyakinan terhadap hala tuju ekonomi negara di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

PUTRAJAYA – Kerajaan menggalakkan orang ramai mempertimbangkan penggunaan skim Time of Use (ToU) sebagai salah satu langkah praktikal untuk membantu menjimatkan bil elektrik di samping meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana syarikat korporat atau industri yang didapati membeli bahan api di stesen minyak pada harga pam secara tidak sah. Menteri Kewangan II, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Fokus dahulu masalah ekonomi, ketepikan konflik politik dan masalah peribadi – Anwar

Fokus dahulu masalah ekonomi, ketepikan konflik politik dan masalah peribadi – Anwar

Enam kapal sudah lepasi Selat Hormuz, bekalan minyak bagi April dan Mei mencukupi

Enam kapal sudah lepasi Selat Hormuz, bekalan minyak bagi April dan Mei mencukupi