Kerajaan komited tunaikan 40 peratus hasil Sabah – Anwar 

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan menegaskan komitmennya untuk menunaikan pemberian 40 peratus kepada Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan merayu keputusan berkaitan perkara itu kerana isu berkenaan dianggap telah muktamad.

“Kita tidak merayu kes 40 peratus. Perkara 40 peratus itu sudah muktamad, kes telah ditutup. Tiada perbincangan. 

“Kerajaan telah memberikan jaminan yang jelas dan tegas. Ini adalah satu komitmen kukuh dan keputusan dasar yang telah saya nyatakan di dalam Kabinet serta di Parlimen, tiada rundingan. 

“Kita komited untuk menunaikan komitmen 40 peratus kepada rakyat Sabah,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Negeri Sabah di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada Ahad. 

Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan bahawa subsidi bahan api yang besar terus ditanggung kerajaan bagi membantu rakyat. 

Katanya, keputusan mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak walaupun harga dinaikkan di Semenanjung dibuat kerana corak penggunaan bahan api di kedua-dua negeri itu berbeza. 

“Naik untuk Semenanjung, tidak naik untuk Sabah dan Sarawak. Saya pertahankan keputusan itu walaupun dikritik di Parlimen, kerana saya katakan suasana keadaan di Sabah dan Sarawak itu berbeza.

“Penggunaan diesel itu jauh lebih tinggi di Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Tambahnya, subsidi diesel untuk Sabah dan Sarawak pada tahun lalu adalah RM2 bilion dan tahun ini dengan kadar harga yang melambung adalah sebanyak RM4.6 bilion.

Related Posts

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyusun semula strategi sektor pelancongan dengan memberi tumpuan kepada pasaran yang lebih berdaya tahan bagi memastikan kemasukan pelawat dan hasil negara kekal stabil susulan krisis bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM