Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

KOTA KINABALU – Pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengenai cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat, terutama mereka yang bekerja jauh dari keluarga.

Rata-rata menyifatkan langkah itu sebagai penghargaan kepada rakyat yang telah bekerja keras sepanjang bulan Ramadan, selain memberi peluang lebih luas untuk pulang ke kampung halaman dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Ida Sweet, 37, dari Pitas dan bekerja di sektor swasta berkata, pengumuman tersebut memberi makna besar kepadanya kerana dapat memanfaatkan masa tambahan itu untuk pulang dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PMX kerana memberi cuti tambahan sempena Hari Raya. Kesempatan ini saya akan gunakan untuk balik kampung dan meraikan Aidilfitri bersama orang tersayang serta mengunjungi sanak saudara di sekitar Tuaran,” katanya.

Bagi penjawat awam, Marjorie Henry, 37, dari Penampang yang kini bertugas di Wilayah Persekutuan Labuan, pengumuman itu dilihat sebagai ruang berharga untuk berehat selepas komitmen kerja yang padat sepanjang Ramadan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PMX atas pengumuman cuti tambahan kepada rakyat Malaysia. Semoga ruang yang diberikan ini dapat dimanfaatkan untuk berehat dan mengeratkan hubungan bersama keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Nizwan Mohd Daini, 33, bekerja di Kudat berkata dia tidak menyangka kerajaan akan menambah satu lagi hari cuti sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurutnya, keputusan tersebut memudahkan perancangannya untuk pulang ke kampung halaman di Keningau bagi menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.

“Saya sangat bersyukur kerana cuti tambahan ini membolehkan saya yang bertugas di Kudat pulang ke kampung di Keningau untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga,” jelasnya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan cuti tambahan sehari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memberi penghargaan kepada rakyat yang bekerja keras sepanjang Ramadan.

Menurutnya, cuti tambahan itu akan diberikan pada Isnin sekiranya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, manakala jika perayaan itu disambut pada Sabtu, cuti tambahan akan diberikan pada hari Jumaat.

“Tapi jangan bimbang kerana kita akan beri cuti tambahan Hari Raya, sebab kita anggap semua orang sudah bekerja kuat,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Suria Sabah, di sini pada Ahad.

Beliau turut menjelaskan bahawa pengumuman dibuat lebih awal bagi membolehkan orang ramai merancang perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

“Kita umum awal supaya orang boleh buat perancangan. Nak cuti Jumaat atau cuti Isnin? Siapa yang mahu cuti Isnin, doa supaya Hari Raya jatuh pada Sabtu,” katanya berseloroh.

Related Posts

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

KENYATAAN terbaharu Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim bahawa Malaysia tidak sepatutnya menaikkan harga minyak kerana negara mempunyai pengeluaran sendiri dilihat menarik, namun hakikat sebenar industri minyak global jauh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

TAWAU – Seorang guru pelatih wanita maut selepas motokar yang dipandu terbabas sendiri dalam insiden kemalangan di Batu 11 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Dalam kejadian kira-kira pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Malaysia ada minyak sendiri, tetapi harga masih ikut pasaran dunia

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta