RUU Profesion Kerja Sosial masih dalam proses pelaksanaan – Nancy

KUALA LUMPUR – Perbincangan mengenai Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial masih dalam proses pelaksanaan dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2025.

Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, buat ketika ini RUU berkenaan masih perlu diperhalusi kerana mempunyai beberapa isu teknikal selain ditawarkan khidmat sokongan beberapa agensi luar yang ingin terlibat dalam pelaksanaan RUU tersebut.

Sebelum ini, Nancy berkata, kerajaan menyasarkan untuk membentang RUU berkenaan pada tahun ini.

“(Sebenarnya) kita ingin (bentang) pada tahun ini namun tidak sempat, mungkin tahun depan (dapat dibentangkan).

“Perbincangan masih dilaksanakan,” katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara 2030 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Isnin.

Pada Jun 2021, kerajaan secara prinsip bersetuju dengan cadangan penggubalan RUU itu dan mengemukakan draf untuk semakan kepada Jabatan Peguam Negara.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang